Wednesday 14 March 2012

Solo Trip - Labuan Part 1.

Wilayah Persekutuan Labuan. Itulah destinasi solo trip aku awal bulan ni. Ada 2-3 sebab kenapa aku nak ke Labuan tapi sebab utamanya adalah pasai aku dapat book tiket yang murah sesangat. RM15.20 untuk return flight Penang - KL dan RM35.00 untuk return flight KL - Labuan. Tapi tiket-tiket tu aku book bulan 5 tahun sudah lah, masa AA buat sale. Time tu takdak fuel surcharge dan aku pun tak beli extra luggage space. So, rega tambang total RM50.20 lagi murah dari naik bas ekspress return Penang ke Kolumpo.

Balai Berlepas Airport Penang yang masih under renovation.

Another view of the departure hall.
Flight AA ke Labuan ada sekali je sehari. Pukul 7.35pagi. Aku bertolak dari Penang last flight dan sampai kat LCCT KL lepas midnite. Sementara nak tunggu flight ke Labuan, aku lepak jap dengan member-member aku kat Padang Batu (Brickfield). Sambil-sambil habiskan masa nak tunggu flight, aku memang nak pass pasport aku kat member aku ni untuk urusan permohonan visa bagi next trip aku ngan diorang.

Lepas kitorang habiskan masa lepas dan menjamu mata tengok berbagai urusniaga dijalankan kat area Brickfield tu, aku gerak semula ke LCCT. Memandangkan aku dah check-in awal, penat jugaklah menunggu departure flight aku. Masa departure ngan during flight, takda apa yang interesting kecuali tengok ada passenger yang naik flight ke destinasi-destinasi di Borneo yang membeli bagai nak rak roti-roti Gardenia, Massimo dsb nak bawak ke sana. Rupanya, kat sana takda jual roti-roti tu, kalau ada pun tak sesempoi yang dijual kat Semenanjung.

Aku sampai di Labuan dalam pukul 10.25pagi. Kat sini takyah nak go thru kaunter imigresen, tak macam kalau sampai airport kat Sabah atau Sarawak sebab Labuan adalah WILAYAH PERSEKUTUAN. Aku call owner hostel yang aku dah book dormnya, Uncle Jack dan dia terus datang ambil aku kat airport. Uncle Jack adalah operator satu-satunya backpackers hostel kat Labuan. Hostel dia pun baru je bukak, tak sampai setahun pun. Dia pun ada offer service sewa motor untuk traveller kat sini. Aku rekemen sewa motor je sebab Labuan bukan besar mana pun pulaunya. 

Pesawat MasWings di Lapangan Terbang Labuan.

Arrival Hall di Labuan Airport.

Ni bukan promosi bank. Satu-satunya tanda selamat datang yang aku nampak kat  Labuan Airport.

Lepas tinggalkan beg kat hostel, aku pun gerak ke bandar Labuan yang dulunya dikenali sebagai Victoria. Bandar Labuan ni tak besar mana, kalau jalan kaki pun boleh cover senang-senang je. First day aku kat sini, tak banyak tempat yang aku pegi. Memandang hari aku sampai tu, hari Jumaat, aku solat Jumaat kat Masjid Jamek An-Nur, Labuan. Lepas solat, aku ke Ujana Kewangan Labuan atau dalam English, Labuan Financial Complex. Ujana = Complex?!! Don't ask me. Ujana Kewangan ni menempatkan pejabat-pejabat kerajaan, institusi kewangan, shopping mall dll.

Nak naik feri ke KK, Brunei dll. kena datang kat sini.
Masjid Jamek An-Nur, Labuan 
Ujana Kewangan Labuan
RM12.00 untuk makan tengahari. Fuiyoo!
Selain tu aku ke Dataran Labuan, Muzium Labuan, Kompleks Sukan Laut Labuan dan Menara Jam Labuan. Malamnya pulak, aku cuma keluar cari makan malam. Aku makan ketam dan juga ikan bakar kat gerai makan bersebelahan dengan Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Seafood kat sini toksah ceritalahkan, memang fresh. Memang puas hati. Lepas dah makan, aku ronda-ronda keliling bandar Labuan dan sempat tengok satu game bolasepak kat Dataran Labuan. Pas tu balik hostel dan tidoq.

Pemandangan kampung air dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan

Tempat yang menarik untuk dilawati berkenaan sejarah Labuan

Dataran Labuan

Tempat untuk aktiviti sukan laut

Menara Jam Labuan yang terletak tak jauh dari Kompleks Sukan Laut.

Makan malam.

1 comment:

  1. Salam en.cap ayam...update la bbanyak skit..bagi la tip2 nak utk backpacker ka...tempat shoping best ka...tempat makan ka..bleh jadi panduan gak... try la EJASSSS...

    ReplyDelete