Aktiviti hari kedua bermula seawal jam 3 pagi (tapi bukan kami ler, semua tidor time tu). Penduduk kampung bergotong-royong sebelum subuh lagi untuk menyediakan makanan bagi kenduri aqiqah. Sementara tu kat pengkalan misi, kami settlekan apa yang patut sebelum majlis penyerahan bantuan yang dibawa dari Malaysia. Ada anggota kontinjen yang masak dalca daging aqiqah (limited edition punya) untuk dijamu kepada tuan rumah dan juga untuk ahli-ahli kontinjen.
|
Preparation sebelum masak dalca style Penang. |
Kami bergerak semula ke Madrasah dalam pukul 8 pagi untuk majlis penyerahan bantuan. Di hadapan madrasah dah ramai penduduk kampung yang berhimpun bawah khemah menunggu bermulanya majlis. Sebagai tetamu yang diraikan, kami duduk kat kawasan depan sekali bersama barisan orang-orang penting di Kampong Ro dan ustaz-ustaz serta ustazah-ustazah madrasah. Kawasan depan madrasah tu gak dikawal oleh polis Kemboja bagi memastikan keselamatan kami terjamin serta majlis berlangsung tanpa sebarang insiden.