Saturday 11 February 2012

Misi Kemboja - Part 1

Perancangan yang bermula sejak Nov 2011 akhirnya sampai ke peringkat pelaksanaan. Pada 6-9 Februari 2012, aku dan colleagues dari Persatuan Kakitangan Islam (PKI) pejabat aku menjejakkan kaki di bumi Kemboja. Misi kami (nama rasmi lawatan ni ialah Lawatan Muhibbah tapi aku lagi senang panggil misi je) adalah untuk menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan solat, kitab suci Al-Quran, pakaian, barang keperluan harian, sumbangan wakaf dan lain-lain untuk Madrasah Tahfiz Al-Quran dan penduduk kampung di Kampung Ro, Daerah Chhlong, Wilayah Kratie, Kemboja.


Lokasi Kampong Ro dan peta negara Kemboja
Phnom Penh International Airport



Penerbangan dari LCCT tiba di Phnom Penh jam 7.50 pagi waktu tempatan (8.50 pagi waktu Malaysia). Ketibaan disambut oleh Ustaz Ya Khalet dan Ustaz San Raman serta kawan sekampung diorang, Ismail. Ustaz berdua ni ler contact people kitorang kat Kampong Ro dan diorang ler yang arrange hampir semua benda bagi misi kitorang kat Kemboja. Perjalanan ke Kampong Ro mengambil masa lebih 6 jam (campur sekali dengan berhenti makan dan solat kat masjid di sebuah kampung di wilayah Kampong Cham).

'Rombongan Cik Kiah' berposing depan pintu ketibaan airport.
3 orang yang pakai kopiah tu menyambut ketibaan kitorang kat sana.

Kat Kemboja driver dok sebelah kiri.
Sungai Tonle Sap.
Masjid di salah sebuah kampung di wilayah Kampong Cham.


Rumah salah seorang penduduk yang kitorang singgah kat kampung di wilayah Kampong Cham.

Sejurus tiba di Kampong Ro, ketibaan misi disambut dengan cukup meriah oleh penduduk kampung yang disusuli oleh orang-orang kenamaan peringkat wilayah dan daerah serta orang penting Kampong Ro.

Ketibaan misi disambut meriah.

Aktiviti pertama misi di sini adalah melawat Madrasah Tahfiz dan menyembelih 3 ekor lembu sebagai ibadah aqiqah yang diamanahkan oleh individu-individu kepada kontinjen misi kitorang.

Madrasah Tahfiz dan kelas Iqra di Kampong Ro.

Amat mengharukan. Ramai sungguh anak-anak Islam di sini yang dahagakan ilmu walaupun serba kekurangan kelengkapan.

Pasar di hujung Kampong Ro.

Salah seorang ustaz kat Kampong Ro sedang menyembelih lembu untuk kenduri aqiqah.

Kerja-kerja melapah lembu.

Lepas abis semua tu, kitorang semua berehat kejap dan malamnya membuat perancangan last minit untuk aktiviti esok hari. To be continued...

No comments:

Post a Comment