Monday 20 February 2012

Super cheap!

I'm grinning from ear to ear! Managed to book a hotel room for 2 night stay for less than a price of 1 pc roti canai and a glass of teh tarik. How often do you get that?

Saturday 18 February 2012

Misi Kemboja - Final Part.

Esoknya, lepas breakfast kami pi ke Tuol Sleng Genocide Museum yang dulunya dikenali sebagai Security Prison 21 (S-21). Muzium ni memang wajib dilawati oleh pelancong-pelancong yang melawat Phnom Penh sebab kat sini ada peninggalan pemerintahan Khmer Rouge dan kekejaman yang dilakukan mereka masa tahanan-tahanan kat S-21 tu diseksa. Banyak bahan pameran kat sini termasuk gambar tahanan-tahanan di penjara, gambar tahanan diseksa, lukisan bagaimana penyeksaan dilakukan dan alat-alat yang digunakan semasa penyeksaan. Pelawat juga boleh bergambar dengan bekas tahanan yang berjaya 'survive' penjara ni tapi kena bayar sikit ler.

Inskripsi di Tuol Sleng Prison (S-21)

Tuesday 14 February 2012

Wajah-wajah Kemboja...

Dari lensa kamera(pinjam)ku...

Bila masa pun nak tidoq...

Sempoi tak motor roda 3 tu...

Monday 13 February 2012

Happy Birthday!!!


Today is my boss' birthday. 
So, HAPPY BIRTHDAY BOSS!

Misi Kemboja - Part 2


Aktiviti hari kedua bermula seawal jam 3 pagi (tapi bukan kami ler, semua tidor time tu). Penduduk kampung bergotong-royong sebelum subuh lagi untuk menyediakan makanan bagi kenduri aqiqah. Sementara tu kat pengkalan misi, kami settlekan apa yang patut sebelum majlis penyerahan bantuan yang dibawa dari Malaysia. Ada anggota kontinjen yang masak dalca daging aqiqah (limited edition punya) untuk dijamu kepada tuan rumah dan juga untuk ahli-ahli kontinjen. 

Preparation sebelum masak dalca style Penang.
Kami bergerak semula ke Madrasah dalam pukul 8 pagi untuk majlis penyerahan bantuan. Di hadapan madrasah dah ramai penduduk kampung yang berhimpun bawah khemah menunggu bermulanya majlis. Sebagai tetamu yang diraikan, kami duduk kat kawasan depan sekali bersama barisan orang-orang penting di Kampong Ro dan ustaz-ustaz serta ustazah-ustazah madrasah. Kawasan depan madrasah tu gak dikawal oleh polis Kemboja bagi memastikan keselamatan kami terjamin serta majlis berlangsung tanpa sebarang insiden.

Saturday 11 February 2012

Misi Kemboja - Part 1

Perancangan yang bermula sejak Nov 2011 akhirnya sampai ke peringkat pelaksanaan. Pada 6-9 Februari 2012, aku dan colleagues dari Persatuan Kakitangan Islam (PKI) pejabat aku menjejakkan kaki di bumi Kemboja. Misi kami (nama rasmi lawatan ni ialah Lawatan Muhibbah tapi aku lagi senang panggil misi je) adalah untuk menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan solat, kitab suci Al-Quran, pakaian, barang keperluan harian, sumbangan wakaf dan lain-lain untuk Madrasah Tahfiz Al-Quran dan penduduk kampung di Kampung Ro, Daerah Chhlong, Wilayah Kratie, Kemboja.


Lokasi Kampong Ro dan peta negara Kemboja
Phnom Penh International Airport


Friday 10 February 2012

'Post' aku yang first sekali...

Salam,
Dulu aku tak pernah terfikir yang satu ari aku akan ada blog sendiri tapi aku rasa mungkin sesekali kalau aku share apa yang aku lalui dalam hidup ni tak salah kan?!...aku akan cuba update blog ni sekerap mungkin (sebulan sekali?!!) dengan topik-topik yang aku minat like travelling and cycling...till next time...