Saturday 18 February 2012

Misi Kemboja - Final Part.

Esoknya, lepas breakfast kami pi ke Tuol Sleng Genocide Museum yang dulunya dikenali sebagai Security Prison 21 (S-21). Muzium ni memang wajib dilawati oleh pelancong-pelancong yang melawat Phnom Penh sebab kat sini ada peninggalan pemerintahan Khmer Rouge dan kekejaman yang dilakukan mereka masa tahanan-tahanan kat S-21 tu diseksa. Banyak bahan pameran kat sini termasuk gambar tahanan-tahanan di penjara, gambar tahanan diseksa, lukisan bagaimana penyeksaan dilakukan dan alat-alat yang digunakan semasa penyeksaan. Pelawat juga boleh bergambar dengan bekas tahanan yang berjaya 'survive' penjara ni tapi kena bayar sikit ler.

Inskripsi di Tuol Sleng Prison (S-21)



Katil yang digunakan untuk menyeksa tahanan.

Gambar mayat tahanan yang mati selepas diseksa.

Bangunan penjara yang menempatkan sel-sel tahanan. Sebelum diubah menjadi penjara, bangunan ini adalah sebuah sekolah.

Destinasi seterusnya kami ke Toul Tom Poung Market atau lebih femes dikalangan pelancong asing sebagai Russian Market (RM). Macam-macam barang ada kat sini, dari barangan dapur, designer jeans macam CK & Levi's, cenderahati macam fridge magnet & keychain, pakaian, alatan elektronik, spare part kenderaan, DIY items dan banyak lagi. Aku cuma beli kain sutera Kemboja (yang 4 meter tu) untuk wifey. Laluan kat pasar ni memang sempit tapi ada jugak pekedai kat sini yang boleh berbahasa Melayu. From what I read and heard, the designer jeans sold here are original but rejected for overseas consignment due to very minor defects. Also, on sale here are over runs and excess stuff from clothing factories around Phnom Penh.

Lokasi Tuol Sleng Prison dan Russian Market (berbintang merah). Peta disalin dari Google Maps.

Lepas Tour of RM, kami pi ke lagi satu destinasi shopping yang popular kat Phnom Penh ni, Central Market atau dalam bahasa Khmer, Phsar Thmey. Seni rekabentuk Central Market ni memang menarik sebab ianya berbentuk 'X' dan ada dome yang besar di tengah-tengah bentuk 'X' tadi. Barang-barang yang dijual di Central Market ni sama je macam RM yang kami pi sebelum ni tapi lebih besar, teratur dan selesa. Barang kat sini mahal sikit dari kat RM. Contohnya, sutera Kemboja kat RM harganya USD9 tapi kat sini paling murah taukeh kedai offer USD12. Takdak apa yang aku beli kat sini cuma t-shirt for the kids.

Phsar Thmey a.k.a Central Market dari luar.

Bahagian dalam Central Market.

Kawasan jualan pakaian di Central Market.

Untuk makan tengahari, kami pi makan kat Restoran D'Nyonya Penang yang dekat sangat dengan Central Market tu. Restoran ni milik orang Malaysia tapi pengurusnya rakyat Kemboja yang pernah kerja di Malaysia. Cook kat sini pun orang tempatan yang dah diberi tunjuk ajar mcam mana nak masak makanan Malaysia. Makanan kat sini sedap gak. Boleh kata berbaloi dengan harga. Lepas makan kami geng-geng lelaki terus balik hotel manakala kaum hawa meneruskan aktiviti menghulurkan wang kertas sebagai tukaran barang-barang yang diingini.

Restoran D'Nyonya Penang, No.91Eo, St. 126, Central Market, Phnom Penh, Cambodia.
Lokasi hotel penginapan (bintang biru), Restoran D'Nyonya Penang (bintang merah) dan Phsar Thmey (bintang hijau besar). Peta disalin dari Google Maps.

Sorya Shopping Center yang terletak berdekatan Central Market.


Sebelah malamnya, kami ronda-ronda dengan van di sekitar kawasan Riverfront. Takdak apa yang menarik buat kami kat sini, so kami terus balik ke hotel sebab esok awal-awal pagi dah nak naik flight balik ke KL. 

Seawal jam 6 pagi, kami dah ready untuk ke airport bagi penerbangan pulang. Lepas sesi perpisahan dengan ustaz berdua dan Ismail, kami proceed untuk check-in. Yang menarik kat sini, takde scanner machine untuk scan beg-beg penumpang macam kat airport-airport kat Malaysia. Just check-in, pastu staff airline angkat beg penumpang letak kat conveyor. Lepas dah settle semuanya, kami masuk ke departure hall untuk tunggu flight. 

Di Phnom Penh International Airport sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Menunggu boarding flight.

USD3.00 each. :)

US Air Force's aircraft parked at the airport.


Flight dari Phnom Penh selamat tiba di LCCT jam 11.05pagi. Lepas dah selesai urusan imigresen dan exercise jalan kaki dari aircraft ke bas yang dah sedia menunggu, kontinjen pun berangkat pulang ke Penang dan tiba kat opis aku dalam pukul 7malam. THE END....

No comments:

Post a Comment