Monday 13 February 2012

Misi Kemboja - Part 2


Aktiviti hari kedua bermula seawal jam 3 pagi (tapi bukan kami ler, semua tidor time tu). Penduduk kampung bergotong-royong sebelum subuh lagi untuk menyediakan makanan bagi kenduri aqiqah. Sementara tu kat pengkalan misi, kami settlekan apa yang patut sebelum majlis penyerahan bantuan yang dibawa dari Malaysia. Ada anggota kontinjen yang masak dalca daging aqiqah (limited edition punya) untuk dijamu kepada tuan rumah dan juga untuk ahli-ahli kontinjen. 

Preparation sebelum masak dalca style Penang.
Kami bergerak semula ke Madrasah dalam pukul 8 pagi untuk majlis penyerahan bantuan. Di hadapan madrasah dah ramai penduduk kampung yang berhimpun bawah khemah menunggu bermulanya majlis. Sebagai tetamu yang diraikan, kami duduk kat kawasan depan sekali bersama barisan orang-orang penting di Kampong Ro dan ustaz-ustaz serta ustazah-ustazah madrasah. Kawasan depan madrasah tu gak dikawal oleh polis Kemboja bagi memastikan keselamatan kami terjamin serta majlis berlangsung tanpa sebarang insiden.

Kanak-kanak dok barisan belakang.
Majlis bermula dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh seorang penduduk kampung dan diikuti dengan alunan nasyid oleh pelajar-pelajar perempuan madrasah. Kemudiannya, Tok Imam di Kampong Ro, Imam Kob Yusof memberikan ucapan beliau kepada semua hadirin. Ucapan Tok Imam Kob diberikan sedikit dalam Bahasa Melayu dan selebihnya dalam Bahasa Champa. Lepas habis ucapan Tok Imam Kob, aku sebagai wakil daripada rombongan dipanggil untuk menyampaikan ucapan plak. Aku try gak buat ucapan dalam Bahasa Champa (yang aku belajar tak sampai sejam sebelum majlis tu bermula) tapi dalam 3-4 ayat je lar. Tu pun penduduk kampung gelak masa dengar aku cakap bahasa depa. Mana tak kena gelak, aku cakap bahasa depa ada pelet Siam sket. Lantak pi lah kan, janji aku try gak cuba cakap bahasa depa. Hehehehe...

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-quran.

Alunan nasyid oleh pelajar-pelajar.

Aku tengah bagi ucapan. Tengok kat line belakang depa dok gelak.

Lepas tu, ada Qasidah yang disampaikan oleh pelajar-pelajar Madrasah sebelum penyerahan bantuan kepada penduduk Kampong Ro. Antara bantuan yang disampaikan adalah telekung, sejadah, kitab suci Al-Quran, alat dan buku tulis, barang keperluan harian dan sumbangan wang tunai untuk Madrasah. Sebenarnya, banyak barang-barang yang diserahkan kepada penerima-penerima di Kampong Ro cuma aku tak berapa ingat apa barangnya. Mungkin aku ni banyak makan kepala ikan kot. Berat kotak-kotak yang dibawa ke sana adalah dalam 300kg lebih.

Cenderahati buat salah seorang ustazah yang mengajar di madrasah.


Penyerahan Al-Quran kepada Ustaz San Raman.

Penyerah 'mock cheque' kepada wakil Madrasah, Ustaz Ya Khalet dan Ustaz San Raman.

Lepas abih je majlis penyerahan bantuan, makanan dihidangkan untuk kenduri aqiqah. Berselera sungguh kanak-kanak kat sana makan nasi kenduri. Masa ni semua peserta misi dari kalangan wanita balik ke rumah Ustaz Khalet untuk makan nasi berlaukkan sup daging yang dimasak oleh orang kampung dan gulai daging yang dimasak oleh orang Malaysia. Tapi orang lelaki plak pi makan nasi kenduri kat rumah ketua kampung kat sana. 

Mula menjamu selera.



Suasana di kawasan kenduri dan majlis penyerahan bantuan.

The signboard says it all.
Bergambar kenang-kenangan sebelum bertolak ke Phnom Penh.

Lepas dah makan, dalam pukul 11 lebih, kami mula mengemas barang masing-masing untuk bertolak ke Phnom Penh (PP). Sebelum bertolak, kami serahkan plak cenderahati kepada Madrasah. Perjalanan ke PP tak rasa lama plak, tak macam masa dari PP ke Kampong Ro. Dalam pukul 4 lebih dah sampai kat PP dan terus check-in hotel.

Hotel penginapan di Street 172, Phnom Penh.



To be continued...

1 comment:

  1. Ni dah start jadi blogger ni kenalah beli kamera yang baik untuk mendapatkan gambar-gambar yang berkualiti untuk dipostkan di dalam blog ni...

    ReplyDelete